Recent Coment

Berlangganan

Diberdayakan oleh Blogger.

Affiliates

RSS

Alat Bantu Dengar : Teknologi Terkini


 
Alat Bantu Dengar
Sumber: http://audiologistny.com/hearing-aids/
 
Apa itu alat bantu dengar? Alat bantu dengar merupakan alat elektronik yang berfungsi untuk menguatkan bunyi bagi membantu mereka yang menghadapi masalah pendengaran. Masalah pendengaran yang dihadapi oleh seseorang individu akan mengganggu komunikasi seharian, ini disebabkan mereka tidak dapat mendengar dengan jelas.

Bagaimana pula alat bantu dengar berfungsi? Secara ringkasnya, mikrofon yang terdapat pada alat bantu dengar akan mengumpul sumber bunyi di sekeliling dan menukarkannya kepada signal elektronik. Manakala amplifier akan menguatkan signal elektronik ini dan dihantar terus ke pembesar suara. Fungsi pembesar suara adalah menukarkan signal elektronik kepada signal bunyi dan di hantar ke telinga.
Perkembangan teknologi alat bantu dengar berlaku setiap hari dan akan membuatkan alat bantu dengar menjadi lebih baik. Dengan adanya perkembangan teknologi ini, individu yang mempunyai masalah pendengaran akan mendapat faedah daripada alat bantu dengar. Penambahbaikan terhadap beberapa ciri alat bantu dengar membolehkan individu yang memakai alat bantu dengar mendengar dengan lebih baik tanpa sebarang gangguan bunyi yang tidak dikehendaki.
Alat bantu dengar digital membolehkan alat ini direka dengan lebih kecil, pintar dan senang untuk digunakan. Penggunaan mikrocip membolehkan pelbagai ciri-ciri baru diperkenalkan pada alat bantu dengar, antaranya mengurangkan bunyi bising persekitaran, gema dan bunyi feedback. Selain daripada itu, memori yang lebih banyak dapat ditambah pada alat bantu dengar bagi membolehkan individu mendengar dengan lebih baik pada situasi yang berbeza.
Alat kawalan juga dicipta untuk membantu mengawal kekuatan bunyi dan menukar program. Kelebihan teknologi ini, individu hanya perlu menekan butang kawalan tanpa menyentuh alat bantu dengar. Rekaan tanpa wayar juga telah diperkenalkan pada alat bantu dengar membolehkannya dihubung pada peranti lain secara bluetooth. Individu dapat mendengar radio, televisyen, telefon, pemain MP3 dan alatan audio yang lain dengan lebih baik dengan adanya teknologi ini.

Sama seperti sistem stereo bunyi yang canggih, alat bantu dengar terkini dapat menapis bunyi persekitaran yang tidak dikehendaki, menjelaskan lagi kualiti bunyi yang didengar, dan kekuatan bunyi dilaras secara automatik. Dengan adanya teknologi digital, tahap kekuatan bunyi dapat diprogramkan menggunakan komputer mengikut kesesuaian tahap pendengaran individu. Dengan kata lain, alat bantu dengar merupakan peranti kecil yang hebat dimana dapat merubah kehidupan seseorang yang mengalami masalah pendengaran.


http://www.myhealth.gov.my/index.php/en/general/audiologist/alat-bantu-dengar--teknologi-terkini


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komentar:

Posting Komentar